Cara Daftar Akaun Paypal
Apa Itu PayPal?
PayPal adalah pembekal perkhidmatan pembayaran melalui internet yakni merupakan online banking dan online debit card. Perkhidmatan PayPal membolehkan anda menghantar bayaran kepada sesiapa sahaja yang menggunakan akaun PayPal dan di mana tersedia, untuk menerima bayaran. Kelebihan utama PayPal ini adalah ia telah diiktiraf oleh Bank Negara dan digunakan secara meluas dan diterima di 203 buah negara di seluruh dunia.
Diantara kelebihan lain perkhidmatan PayPal ialah dapat tukar currency terus ke MYR dan bank in terus ke dalam bank dalam masa 3-5 hari bekerja. Pembayaran juga lebih cepat berbanding cek atau money order. Selain itu, maklumat penghantar dan penerima juga tidak didedahkan.
Cara Daftar Akaun PayPal Malaysia 2022
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara daftar akaun PayPal Malaysia berserta cara verify akaun PayPal secara online.
Cara Daftar Akaun PayPal Online
1. Pergi ke laman rasmi PayPal secara online menerusi pautan https://www.paypal.com
2. Klik 'Sign Up Now'. Anda akan diberi dua pilihan iaitu samada yang ingin membuka akaun business (bagi yang ada business dan website sendiri) dan untuk menerima dan transfer wang dengan PayPal atau akaun Personal.
3. Masukkan nombor telefon bimbit.
4. Isikan borang maklumat PayPal dengan betul dan tepat. Masukkan maklumat penting seperti berikut:
Email: Isi email anda yang disahkan
Password: Isi password yang mudah anda ingat
Re-enter Password: Isi semula password seperti di atas
First Name: Isi nama depan anda
Last Name: Isi nama belakang anda
Mobile: Isi No. Telefon anda
Address Line 1: Isi alamat tempat tinggal anda
Address Line 2 (optional): Pilihan tambahan
City: Isi bandar/wilayah anda
State: Isi negeri anda
Postcode: Isi poskod daerah/wilayah anda
Primary Currency: Malaysia Ringgit
5. Kemudian, tick pada kotak kecil diruangan disediakan. Klik pada butang 'Agree and Continue' dan tunggu pengesahan email yang didaftarkan.
6. Selepas itu, tunggu email untuk aktifkan akaun PayPal anda. Buka email dan klik pada link pengesahan akaun anda.
7. Setelah mendaftar akaun PayPal, anda dibawa bahagian 'Verify Akaun PayPal' dan juga 'Verify Akaun Bank/ Kad Debit'.
Cara Verify Akaun PayPal
Berikut adalah cara untuk verify akaun PayPal secara online:
1. Sila login ke akaun PayPal menggunakan email dan password yang telah disahkan.
2. Klik pada butang 'Setting' dan masukkan maklumat peribadi beserta nombor akaun bank.
3. Klik pada bahagian 'Financial Information' untuk isi nombor akaun bank.
4. Klik pada 'Link a new bank account' dan isikan maklumat seperti Bank Name, MEPS Bank Routing Code dan Account Number.
5. Isikan 'Account Number' dan 'Re-enter Account Number' anda. Kemudian, klik 'Continue'.
6. Untuk verifikasi akaun bank anda, pihak bank akan hantar kod melalui SMS, ada E-mail dan ada melalui panggilan.
Untuk pengesahan melalui SMS, anda akan terima SMS pengesahan dengan kod seperti PP*XXXX. Proses pengesahan mengambil masa 1-3 hari atau lebih cepat.
7. Setelah verify akaun PayPal, anda sudah boleh mula gunakan untuk terima dan menghantar wang.
Kredit to: Bella Jamal
Comments
Post a Comment